Rabu, 6 Jun 2012

TrageDi DOUBLE SIX...

Salam....:) memandangkan hari ni adalah 6th June... aku pun mau update la pasal 
TArikh bersejarah 6th JUNE ni... 
Tapi mungkin ramai antara kita yang tidak tau tentang trageji di sebalik 6th JUNE....
(expecially sabahan...)


Secara ringkasnya, Double 6  Tragedy ini adalah kisah nahas kapal terbang yang berlaku pada pada 6.6.1976 yang melibatkan 6 orang pemimpin Sabah. Kapal terbang yang sepatutnya bertolak pada jam 6.00pm (tapi diawalkan penerbangan) dan banyak lagi yg dikaitkan dengan no. 6 dalam kejadian nahas ini, dikatakan mengalami gangguan kerana menampung penumpang yang ramai ketika itu.
Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan ketua menteri yang bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. Isu royalti minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu. Perjanjian dan beberapa masih lagi di peringkat perbincangan, tetapi malangnya menteri-menteri kabinet bersama dengan ketua mereka mati dengan tragik.
Hot stuff, huh? But i’ll make sure i will behave this time. Nanti ada pula pihak yang terasa dan sumbat aku dalam penjara. Or mungkin bawa aku pigi court. Kan? Kan? Kan? Bukannya mahu membongkar X-Files tapi ternyata perjuangan mereka yang terkorban ini ibarat sengaja dilupuskan dari minda kita. Tiada maklumat dari internet, tidak dimuatkan dalam buku sejarah, tidak dibukukan secara terperinci dan tiada pendedahan secara terbuka berkenaan nahas yang berlaku.
Percayakah anda kalau aku katakan tugu peringatan DOUBLE 6 di Sembulan tidak disertakan dengan cerita nahas tersebut? (setakat hari ini 19 Julai 2008). Kononnya peringatan sejarah yang penting. Takkan nak buat cerita pasal nahas tu pun susah? Di mana hormatnya pemimpin Sabah sekarang kepada Bapa Kemerdekaan negeri ini? Atau mereka takut rahsia lama terbongkar kembali? Ehem. Ehem…
Aku masih belum lahir pada masa itu, tapi cerita berkenaan Double 6 masih segar di kalangan keluarga dan sahabat handai Tun (sedih pulak ungkit cerita lama ni…). Ada teori yang boleh kita search dari internet (mengikut cerita orang) kononnya pesawat tersebut kehabisan petrol dan terpaksa menjunam ke arah paya di Sembulan, ada juga yang menuding jari berpunca kelalaian juruterbang, manakala Abdullah yang menulis mengenai Tun Fuad: Kenangan Sepintas Lalu, menyebut bahawa juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan. Apa pula pendapat kamu semua? Tidakkah teori mereka itu SANGAT MERAGUKAN apabila kotak hitam tidak dijumpai??!!! Cuba fikir baik-baik. Siapa yang berkepentingan dalam hal ini?
Korban Tragedi Nahas:
1. Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah)
2. Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri)
3. Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya)
4. Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri)
5. Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri)
6. Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)
7. Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri)
8. Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah)
9. Kopral Mohd Said (Pengawal peribadi kepada Tun Fuad)
10. Gandhi J Nathan (Juruterbang)
11. Johari (Anak kepada Tun Fuad Stephens)

Mengikut cerita lisan yang saya dapat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, Tun mempunyai banyak syarat dalam penggabungan Sabah, Malaya, Sarawak dan Singapura menjadi Malaysia. Negeri kita tidak semiskin ini kalau Tun tidak meninggalkan rakyatnya lebih awal…
Mengikut perkiraan aku pula, mungkin ada pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri untuk singkirkan Tun demi untuk mendapatkan kepentingan minyak dan sumber dari Sabah termasuk kayu balak yang banyak (tanyalah pada Ku Li bertapa kayanya Negeri Sabah ketika itu). Tidak mustahil jika ada pihak yang mahu singkirkan Tun dengan cara paling cepat dan hapuskan bukti begitu saja. Kalau boleh, dalam sejarahpun tidak dikenang.
Walau bagaimanapun, andaian tetap andaian. Harapan kita agar penjelasan yang memuaskan hati diumumkan secara terbuka. Rakyat berhak mengetahuinya.
Persoalan saya masih belum terjawab. Kalau tragedi tersebut merupakan kemalangan, maka kotak hitam boleh menjadi bukti (malangnya kotak hitam tidak ditemui). Kalau ia merupakan konspirasi, siapakah dalang di sebaliknya? Ada berani jawab?
UPDATE (Thanks for xccal from sabahforum.com):
Arrow point to the place of old kk airport.

2 teams of experts doing investigation on crashed plane.
searching…?

Body of crashed plane.

Discussion..?

Body of crashed plane view.


p/s... sori... aku amik artikel ni dr page org....
saja.. untk jadi tatapan kita bersama..
so...
RENUNG-RENUNGKAN LAh...

Isnin, 4 Jun 2012

apa??? LIBRARY????


Assalamualaikum semua....:)
sori la da lama tak menghupdate blog... almaklumlah... my broadband da lama tak aktif...
(paham2 ler... lum byr bil... ekonomi gawat.. :p)

hari ni aku mau cerita pasal library....
erm... u all smua penah masuk district library ker????
:P
to be honest... today is my 1st time masuk ke district library...
(terasa diri ni terlalu baik plak... hehehehe)
masuk library bukan sebab mau baca buku okay...
sekali lagi ditegaskan... BUKAN UNTUK BACA BUKU...
tujuan sebenar saya masuk library adalah untuk DUDUK-DUDUK tunggu daddy saya...
heheheheheheee....
sambil2 tu wat keja KIK...
ala PROJEK KREATIF dan INOVATIF tu...

okay.. berbalik kepada cerita aku...
pagi tadi kitar jam 9.45am aku da tercacak di depan library...
aku btl2 ingat library buka jam 8....
rupa-rupanya kalu ari isnin...
library buka jam 10am smpi 5pm...
amik ko... da la ari senin... bulka jam 10 am...
apakah????
 seriusly punya lewat...

kitar jam 10.10am bru la kami dijemput masuk...
hehehehehe n 1 thing yang buat aku kuyak tadi...
aku da baca peraturan yg ditampal...

-BEG TIDAK BOLEH DIBAWA MASUK. 
-TINGGALKAN BEG DI KAUNTER PENYIMPANAN BEG.

tapi entah napa... aku dengan selamba badak jak bawa beg  masuk cari tpt duduk..
maka, dengan selamba badak jugak la ada 1 org abg...(mybe pekerja library ) p tegur aku..
"dek...dek...dek... beg simpan di kaunter"..
syukur la jugak suara dia halus mcm ciput jak...
kalu tak... maunya malu aku dpn budak2 skul ni..:P

muka-muka keboringan duduk di library...:)


gula2 yang sedap dimakan....
tujuan : menambah haba badan...
bagi mengelak kesejukan...


p/s... aku beronline... aku wat KIK...
erm.... aku bawa beg bukan apa... tp mybe da terbiasa dlu... kat Uni...
masuk library bawa beg.. siap bawa makanan lagi...
heheheheh
k lah...
im waiting for my dad calling...
\GRAVING FOR FOOD...
HUNGRY....