Selasa, 5 Julai 2016

Perutusan sempena RAYA..

*LING RUTIEYKA*
No Tel : 01945****

05Julai 2016

Kepada Yang Berkenaan,

*PERMOHONAN MAAF KEPADA SEMUA SAUDARA DAN SAHABAT*

Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1437H kepada Tuan/Puan. Semoga Tuan/Puan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

2. Berhubung dengan perkara diatas, saya menyusun 10 jari dan memohon maaf kepada semua saudara-saudara dan sahabat-sahabat saya sekiranya saya telah melakukan kesilapan dalam sedar atau tidak sedar.

3. Justeru itu, saya berharap Tuan/Puan dapat menerima permohonan saya ini dan memaafkan saya.

4. Akhir kata dari saya, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

_cetakan berkomputer tidak perlu tandatangan_
*LING RUTIEYKA*

 P/s much love from me... 
=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan