Ahad, 5 Februari 2017

Korean winter trip (my first DIY luaggepackers)

Salam...
Sempena tahun baru... Azam baru... Hahahah akhirnya terlaksana juga trip p kuria... Yaribaaaa (gila x happy). meh orang start cerita.

15/1/17 (Sunday)
Kul- ich (D7504/ AirAsia)
7.30am – 2.50pm…… pungkoq pun agak berkematu dok 6 jam dalam kapal… hahahaha
(korea awal sejam dari Malaysia yer….)


Delegasi #lingkinatravel sebelum pungkur berkematu… boleh senyum lagi



 Kat dalam kapal nanti, dekat2 nak landing. Pramugari akan agihkan 2 borang kat atas tu. Mohon sediakan pen dan hafal & ingat alamat hostel yang bakal anda stay.


Kuar dari kapal jer akan nampak la benda ni... Welcome to korea...
Masa tu suhu -2 okay... 

Muka2 happy da smpi korea


Bila da sampai airpot, ikut jer anak panah untuk settled urusan imegresen. (ada certain Negara diorang akan scan, so far untuk pelancong yang datang dari Mysia x dak screening)

Settled urusan kat imigresen, tunggu train untuk p another terminal building untuk ambil beg. Jangan risau yer… train akan ada setiap 5 minit… (amat2 punctual okay). So sebagai pelancong yang berbudi bahasa, mohon beratur yer… (jangan memalukan Negara… agagagagaga)

Bagi yang tak ada T-money bole singgah kat convenient store (seven eleven/ G25 n etc untuk beli). Syukur saya dapat T-money dari group BBM. Sebenarnya T-money bole amik kat KTO meysia or kat KTO korea.

Settled urusan kat airpot, kitaorang gerak p hostel. Kitaorang menginap kat ShinChon hostel…
Ich airpot  > Seoul Station  > Hongik uni  >tukar line 2 arah ke ShinChon. Then turun kat stesen  Ewha uni (exit 1)
*mohon ingat setiap number exit yer.. sebab salah keluar exit boleh menyebabkan anda keluar ke tempat yang salah.
Lepas keluar dari stesen, jalan terus (jarak tak ingat) sampai jumpa kedai “Golden Eight” di sebelah kanan. Then belok kanan , jalan terus hingga melepasi 2 lorong, belok kiri dan nampaklah “ShinChon hostel”. (jangan silap yer… sebab kat lorong pertama tu, ada ShinChon Guesthouse)

Settled checkin, kami p rehat dan menunaikan apa yang patut.. bilik not bad. Kami ambil bilik untuk 2 orang and toilet attach. Dalam bilik ada hanger and hair dryer. Toilet ada hot & cold (da p musim sejuk… memang x daknya buka air sejuk… hihihi) iron ada kat kitchen.. So jgn risau la mana nak iron. Diorang ada provide.

Next lepas merehatkan diri… kami start journey to the west… ehhahahahaha journey to the Namsan Tower… meredah kesuraman petang… berbekalkan jaket dan baju berlapis2….

And…sampailah kami kat tempat yang nak di tuju…
Macam mana nak sampai kat namsan?
*Ewha uni   > Chungmoro station (exit 4)
* keluar dari stesen then jalan dalam 50meter… bukan 50minit yer…akan jumpa bus stop. Pastu naik bus namsan no 02/05
Bus tu akan bawa terus ke atas… tak payah naik cable car da… hahahahaha kami malas nak jalan naik. Actually ada yang bagi suggestion kalu nak jimat, boleh jalan dari bawah naik p kat atas. Tapi… kemalasan melanda… plus kesejukkan melampau. So naik je bus.

From NAmsan with love...


Sejuk gigil2...




Puas pusing and ronda kat Namsan tower… kami gerak p Myeongdong. (lari dari iti yang asal… tapi, ada kami kisah. Da sampai… haruslah jalan and explore sendiri)

Chungmoro stesen   >  myeongdong (exit 6)
Kat myeongdong banyak kedai kosmetik… bole lah jalan sambil cuci mata…. Hahahaha beside kosmetik, kat sini banyak food street… syukur diorang kat sini da ada kesedaran tentang islam.. so halal Korean street food memang senang nak dapat…
So apa lagi… dari entrance… memang da aim nak makan apa…


Bun telur – 2000 won/piece


Fish cake – 1500/ stick


                                                        Waffle ikan – 1500/piece

 P/s... Next part later ek... Hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan